Di samping sedang meneruskan pelajarannya di Universiti Malaysia Sabah, Mimpi kini aktif dalam menulis dan melukis komik yang merupakan minatnya sejak kecil lagi. Sehingga sekarang, Mimpi sudah pun menulis lebih daripada 20 buah komik yang merangkumi genre seram, aksi dan cinta. Beliau juga telah pun menyiapkan beberapa komik - komik pendek (termasuk lukisannya sekali). Antaranya ialah:
- Aku Benci Perempuan Cantik
- Pertemuan VS Perpisahan
Terdapat juga beberapa projek mega yang sedang dijalankan oleh Mimpi yang dijangkakan akan menjadi debut sulungnya nanti.
- Houdoqin (mula ditulis sejak Mimpi berada di tingkatan 4 lagi. Jalan ceritanya bukanlah daripada Mimpi sepenuhnya tetapi merupakan perkongsian buah fikiran daripada seorang rakan yang menaruh kepercayaan kepada Mimpi untuk menghasilkannya. Houdoqin telah melalui 4 kali proses penambahbaikan di mana Mimpi terpaksa menulisnya dari mula setiap kali diperbaiki demi mendapatkan jalan cerita yang paling baik. Sehingga kini, Houdoqin masih dalam pengawasan dari masa ke semasa. Genre - aksi, cinta, humor, kemanusiaan)
- One - Ophekaien (senario di sebuah sekolah tinggi di mana para pelajarnya menuntut dengan penuh semangat dan berdaya saing. Kelainan cerita ini ialah melalui pendekatan yang digunakan oleh Mimpi dalam membandingbezakan setiap bakat dan perbezaan personaliti individu dalam mewujudkan situasi yang menarik. Merupakan sebuah sekuel dan One - Ophekaien sudah pun sudahpun dihabiskan penulisannya. One - Ophekaien II pula masih dalam perancangan. Genre - aksi, cinta, humor, akademik)
Antara lain komik - komik Mimpi ialah:
- Aku Bukan Suka Kau
- Raijin
- Love By My Side
- Pantang Larang
- Hero Kampung
- Seven Sworders
- Ketawa-jer
Salah satu fokus utama Mimpi dalam projek ini ialah untuk memartabatkan komik Malaysia sehingga mampu berdiri setanding dengan komik - komik luar sekaligus mengurangkan kebergantungan para peminat komik kepada karya - karya luar yang pada dasarnya tidaklah begitu jauh meninggalkan komik tempatan dari segi penceritaannya~
bagus jugalah kalau kau mau martabatkan karya anak Malaysia. aku cadangkan first thing first kau publish karyamu dalam komik UMBRO, iaitu komik indie Malaysia, kawan aku sudah berjaya letak karya dia di sana. one more thing, kau kena ingat dalam bidang kamu ni banyak saingan dan try to be the best la. because aku nampak banyak sangat bakat baru yang sangat berbakat. kehalusan cara dorang melukis serta warna memang cantik. so kau perlu tengoklah supaya boleh tingkatkan skill kau. teknologi gak penting di mana sekarang ni ramai mewarnakan lukisan guna adobe. bukan senang tu 1, lagi 1 kena banyak belajar. well, gud luck, aku mau tengok kau berada di mercu kejayaan! :D
BalasPadam