Isnin, 2 September 2013

Karya Televisyen Malaysia dan Kritiknya.


Sama ada drama, drama bersiri, telefilem atau filem, karya televisyen Malaysia sentiasa bergelumang dengan kritik. Sejak dari dulu. Namun jika digrafkan dalam bentuk perbandingan, kritik ke atas karya klasik atau filem dulu-dulu tidaklah sekontroversi seperti senario industri yang sama pada hari ini. Kalau dahulu, kita ada karya-karya Seniman Agung, Si Genius Seni yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Dan sedikit filem yang bukan buatannya tapi agak bermutu seperti filem Hang Jebat lakonan hebat Seniman Nordin Ahmad. Susun atur dialog yang indah dan penyampaian watak yang berkesan menjadikan filem tersebut sebagai antara filem terbaik negara dalam senarai FL.

Pada hari ini, di sebalik arus kemodenan yang kononnya semakin maju, ada saja yang tidak kena dengan karya televisyen tanah air. Tidak perlu bercakap tentang sekatan dan polisi penapisan yang ada. Ekspresi keterlaluan, dialog ‘sengal’ dan termasuklah penataan visual pada para pemain (mekap tebal bagi watak orang kampung atau watak sedang solat. Lepas wudhu, boleh sempat touch-up lagi ke Jah??) adalah kritik yang biasa. Kemudian tema cerita. Tema kekeluargaan, perebutan harta, si jahat yang insaf, hantu, dan komedi berslapstik. Ini sajalah kisah yang akan dihidangkan kepada penonton sedangkan di Hollywood, sebuah kereta api yang bergerak sudah cukup untuk mengisi durasi 2 jam tayangan dan tetap diterima. Isunya adalah, kekerapan penggunaan tema tersebut menjadikan penonton dapat meneka keseluruhan perjalanan cerita seawal minit tayangan. (Bagi penulis, mengetahui pengarahnya saja sudah cukup memberikan gambaran lengkap tentang cerita yang dipertontonkan. Boleh dapat tak kesan pelazimannya di situ?) Bukankah ia kelihatan bodoh dan tidak berguna?

Tidaklah semua begitu. KRU adalah contoh pembikin yang dipuji FL kerana sentiasa membawa pembaharuan dalam setiap karya mereka.

FL sedar dilema industri tanah air. Ia dapat dilihat dalam bentuk interaksi begini:
Pembikin: Kamu cuma nak cerita gaduh-gaduh, hantu, cintan-cintun, dan lawak. Sebab tulah kami bagi itu saja. Kalau kami buat genre lain kamu tak tengok, tak guna juga.
Penonton: Kalau kualitinya bagus, kami tengok juga. Buatlah dulu. Kalau bagus tentu kami layan punyalah.
Pembikin: Sekatan kewangan pula masalah. Untuk buat karya yang baik, banyak belanja diperlukan. Kalau dah berbelanja sakan bikin, lepas tu tak dapat pulangan yang disasarkan...siapa nak tanggung kerugian tu?
Penonton: (angkat bahu)
Pencetak rompak: Karya buruk atau karya berkos tinggi, yang kaut keuntungannya tetap kami. Sori to say....

Bercakap tentang kritik, isu yang paling segar bagi FL adalah pada Anugerah Lawak WARNA  yang diadakan baru-baru ini. Malam penganugerahan itu menyaksikan Istanbul Aku Datang mengaut semua kategori yang mencalonkannya termasuklah Anugerah Artis Wanita Komedi Terbaik. Lisa itu baik. Dan Comel. Seronok tengok dia berlakon. Tapi itu tidak melayakkannya untuk dinobatkan menjadi artis komedi terbaik di dalam filem yang menurut FL, bukannya filem lawak pun. Bukan salah Lisa. FL suka Lisa. Perkara pokoknya ialah IAD tidak sepatutnya disenaraikan langsung dalam sebarang pencalonan anugerah tersebut. Sedikit jenaka yang diselitkan bukan bererti ia adalah filem komedi. Kejanggalan yang menjadikan para pembikin tegar filem komedi seperti Afdlin Shauki dan Mamat Khalid seolah-olah tidak dihargai. Dua pengarah besar ini adalah antara sedikit pengkarya yang dipandang tinggi oleh FL di Malaysia kerana hasil kerja mereka dan secara peribadi, FL beranggapan malam anugerah itu adalah malam untuk mereka berdua. Termanya adalah LAWAK. Bukankah?

Karya yang baik tidak semestinya mahal. Mentaliti. Asas yang paling asas. Banyak elemen yang perlu dibuang dan banyak elemen yang perlu ditambah dalam rencah industri karya televisyen tanah air agar lebih berperisa dan sedap untuk disantap.


*Ditulis sepenuhnya berdasarkan pendapat peribadi penulis. Tidak melibatkan mana-mana pihak ketiga sama ada yang disebut di dalam penulisan atau pun tidak. FL suka Lisa. Be Cool. Be Artist!

Ahad, 1 September 2013

Pencarian Neko







True Story about Neko's first crush. Bab ending tu je yang bukan. Ia macam satu harapan bagaimana pencarian ini akan berakhir. Betul-betul nak tengok dia hidup bahagia dengan mata kepala sendiri. Harap-harap satu hari....

Sabtu, 31 Ogos 2013

Kelahiran Freedom Landscape

Selepas begitu lama tidak melakukan penambahbaikan ke atas FL, rasanya entri terbaik adalah dengan memberikan gambaran penuh tentang apa itu FL sebenarnya. Adakah ia sama dengan FB iaitu Facebook? Jika ya, mungkinkah nama penuhnya adalah Facelook?

Tentu sekali tidak. FL adalah akronim bagi Freedom Landscape. Kalau ia perlukan pengelasan, maka bolehlah kelaskannya sebagai satu kumpulan atau pertubuhan. Atau persatuan. Tapi tidaklah sama seperti Persatuan Bulan Sabit Merah mahupun kumpulan-kumpulan kaki gaduh bawah jambatan. Malah bagi pengasasnya sendiri, FL adalah satu ideologi.

Sebuah ideologi tentang pengamalan kesenian bagi para pendukungnya. Freedom yang membawa makna bebas adalah terma terbaik untuk menerangkan kebebasan setiap orang untuk mengamalkan seni yang mereka miliki. Sesuai seperti kata Aristophanes,The Wasps_1.1431 yang berbunyi, 'Let each man exercise the art he knows.'

Memang betul. Setiap manusia mempunyai seni di dalamnya. Pandangan biasa akan kata golongan pandai nyanyi, lukis, tulis, atau lakon sebagai orang seni. Dan mereka ini disanjungi atas bakat tersebut. Tidak banyak orang disanjungi atas kebolehannya mengait jala atau menganyam ketupat sedangkan ianya lebih sukar berbanding menyanyi (suruh Neko kalau tidak percaya). Ya. Golongan pandai nyanyi itu menghiburkan dan lebih cenderung untuk dikasihi. Tapi para penyanyi masih perlu makan ikan yang ditangkap oleh jala pak cik nelayan di hujung muara sungai sana.  Semuanya saling berkait dan bergantung antara satu sama lain. Atas nama seni.

Landscape adalah landskap. Membawa pengertian kepada ruang atau persekitaran. Secara literal, FL adalah sebuah suasana di mana orang-orang dapat berekspresi secara gembira dengan seni yang mereka miliki.

Visi pengasasnya terhadap FL adalah sangat besar. Ia tidak hanya ideologi semata-mata tetapi sebagai satu komuniti. Komuniti yang besar dan kuat sehingga mampu mengubah trend dan hala tuju industri kreatif negara yang dipenuhi kritik dan kontroversi ke satu kelas yang lebih baik.

Maka bersenilah. Dengan berseni, kita juga akan lebih dekat kepada Maha Pencipta. Kewujudan kita sendiri adalah bukti keagungan seni yang dimiliki-Nya. Berseni tidak akan menjadikan kita bongkak jika kita sedar yang kita tidak pernah mencipta sesuatu. Apa yang kita hasilkan tidak lebih daripada manifestasi kehebatan Tuhan sekalian alam.

Be Cool. Be Artist.


Selasa, 9 Oktober 2012

Love Quest (Tamat)




“If love is something that can be bought,
I want to be the richest man on the planet...”

Di bumbung bangunan Prince Inc. Corp.
Prince    : The only thing I trust that can be trusted is money. I believed money is the main power of this world. It’s so powerful that can even buy a love!
Nisha   : .....
Prince  : I managed to have everything I want with money so far....and now, I want to have your      love. How much could it be?
Nisha   : You can’t buy love. Not mine.
Prince  : Really? So, you are different from the others, eh?
Nisha   : You’re getting arrogant and arrogant day by day. Kau betul-betul buat aku risau.
Prince  : So, take care of me then. Be my lover.
Nisha     : Even if I want to...this is just not a right way. You already old enough to understand it. Enough with this talk. (berpaling) Aku nak balik sambung kerja.
Prince    : Kau kerja untuk duit. Being with me will cost you nothing to have everything. You said I am arrogant but you are the cocky one, instead. I am offering you money right now.
Nisha     : (memandang Prince) Cinta tak boleh dibeli dengan duit. Jangan buat aku memandang kau lebih rendah lagi... (mengusap belakang kepala Prince)
Prince    : .... (memegang tangan Nisha, menurunkannya) You might want to listen to the old version of love I was held before. Let see if it happen to be your version too. I was used to be a kid of nothing. You are my friend, you know that. Something you don’t know is.... I fight hard for my love. I even do things only a stupid enough person would do....but then, it goes no where. If it goes anywhere, I wouldn’t be standing here bargaining for yours, would I?
Nisha   : .....
Prince  : How is it possible? Because I have nothing. The only thing I have is love. Well, at least that’s what I called it back then. (memandang sekeliling) That’s why I have this now. Bangunan ni adalah simbol kepada betapa berduitnya aku sekarang kan? Prince Inc. Corp.
Nisha   : Bunyinya macam kekecewaan..           
Prince  : Em? (memandang Nisha)
Nisha   : Dan sedikit dendam... (memandang Prince)
Jangan labelkan perempuan hanya kerana beberapa pengalaman pahit yang pernah kau lalui. Tidak semuanya memandang kepada harta kekayaan. Memang betul kau ada segala-galanya sekarang dan ramai perempuan yang berebut-rebut untuk mendekati kau. Tapi mereka mungkin mendekati kau kerana apa yang kau mampu sediakan untuk mereka. Bukannya ikhlas kerana kau.
Prince  : What about you?
Nisha     : Until you understand the true meaning of love, just stay the way we’re right now. You’ve been held it for a very long time. That grudge. And you confused yourself. (memegang pipi Prince) May  you find the love you’re looking for. (berpaling, melangkah)
Prince  : Hey!
Nisha   : .....
Prince    : Don’t play too expensive. Tak ada masalah bagi aku untuk menggantikan cinta kau. There’s a lot of women out there.
Nisha   : (menoleh) Mereka akan kejar apa yang kau sediakan untuk mereka. Anyway, fighting! (senyum, pergi)
Prince  : ......
            Hell yeah. I know that. But till there’s anyone who can love me with her most, I will not  give up any cent of my property. Heh..... (memandang langit) 
                                 
                                                         **************************


Prince Inc. Corp.
Prince dan staf-staf di pejabatnya.
Prince  : Program Pencarian Cinta.... how is it sound?
L          : Ia berbunyi sengal.
O         : Tukar dalam bahasa omputih la. Ok sikit.
V         : Love Quest..
E          : Ok la. Daripada yang Prince sebut tadi. Aku nak muntah..
Prince  : Ok then. Korang pegi urus apa-apa yang patut. Aku nak ia diuruskan secepat yang mungkin.
L          : Roger!

                                    ******************************************


Ramai wanita berbaris di untuk uji bakat.
L merayau-rayau di situ.
L          : Hai adik manis, datang uji bakat ke?
Gadis   : Emh...
L          : (mendekati, berbisik) Berbanding X, aku adalah jauh lebih kacak dan berpersonaliti. Apa kata bertemu janji dengan aku saja?
Gadis   : (memandang L, senyum) Saya datang untuk hadiah yang ditawarkan. Siapa kisah kalau dia berperut buncit sekali pun...
L          : (mencebik bibir) Ceh...hampeh tol. (menjauh) Perempuan zaman sekarang. Harap muka je lawa. Prince memang suka cari hal. Adakah mencari cinta menggunakan duit? Ooo.... (ternampak gadis yang berbeza daripada yang lain)

                                    *****************************************


Bilik uji bakat.
            (peserta keluar)
E          : Next!
V         : Heh....macam-macam hal. Semuanya hanya pandai bermuka-muka saja. Apa itu mencari cinta sejati? Karakter X tu pun langsung mereka tak tau.
                 (Adel masuk)
Adel     : Selamat petang.
E          : Petang. Awak peserta terakhir kan? Ceritakan latar belakang awak serba sedikit dan tujuan menyertai pertandingan ini.
Adel     : Nama saya Adel. Saya ada tiga orang adik beradik. Ayah saya telah meninggal dunia. Ibu saya menghidap barah usus dan perlukan pembedahan. Tujuan saya menyertai pertandingan ni adalah  untuk mendapatkan wang tunai yang disediakan bagi membiayai pembedahan ibu saya.
V         : ......
E          : Awak tau yang pertandingan ini mungkin tidak semudah yang awak sangka. Mungkin ada harga yang awak perlu bayar untuk semua hadiah yang ditawarkan tu.
Adel     : Yang paling penting bagi saya adalah nyawa ibu saya. Akibatnya saya akan tanggung sendiri.
E          : Bagus. Awak berjaya ke pusingan seterusnya.  Staf di luar akan briefing tentang itu.
Adel     : Terima kasih. (keluar)
V         : (memandang E) Heh....
E          : Apa makna senyuman tu?

                                    ****************************************


Sebuah bilik.
Adel di situ berseorangan.
Adel     : (meramas-ramas tangannya) ......
                        (pintu dikuak)
            !...
               (Prince masuk)
Prince  : ......
Adel     : (berdiri) Selamat petang.
Prince  : Petang. 
Adel     : ....
Prince  : Jadi kamu ya?
Adel     : Ya..
Prince  : Berjaya melepasi 9 pusingan dan berada di pusingan akhir sebagai calon muktamad... Quite impressive.  Kind of cute too.. Kamu tau maksud pertandingan ini kan?
Adel     : Ya. Encik X dalam usahanya untuk mencari cinta setelah beberapa kali dikecewakan dan kini bertekad untuk mendapatkan yang terakhir.
Prince  : .....
Adel     : Abang L yang beritahu begitu...
Prince  : (monolog) L.... Abang?.... That brat...
             Whatever. Sampai ke peringkat ini, kamu patut tahu semua tentang pertandingan ini.
Adel     : .....
Prince  : Apa yang kamu akan lakukan dengan wang sebanyak 1 juta tu?
Adel     : Saya cuma perlukan wang untuk membiayai perbelanjaan pembedahan ibu saya. Selebihnya akan disimpan untuk keperluan akan datang.
Prince  : It’s so nice of you. Tapi ianya bukan semudah itu. Satu syarat  paling besar yang disimpan untuk pusingan ni adalah sesuatu yang tidak diberitahu oleh sesiapa pun kepada kamu.. Iaitu untuk mendapatkan hadiah tersebut, kamu perlu mencintai aku sepenuh hati.
Adel     : !... Awak..
Prince  : X.
Adel     : ..... Tapi....saya....sudah ada seseorang yang istimewa.
Prince  : Heh. Jadi?
Adel     : Saya tak dapat untuk mencintai Encik X. (tunduk)
Prince  : Tak ada masalah. Kamu masih boleh menarik diri sekarang. Balik ke pangkuan kekasih kamu. Masih ramai perempuan yang boleh memenuhi keperluan pertandingan ni. (berpaling)
Adel     : Nanti. Saya....terima syarat Encik X tu.
Prince  : ....... (senyum sinis)

                                                *********************************


Kampung.
Adel dan kekasihnya berada di tepi bendang.
Daus    : Jangan buat begini. Kita akan usahakan wang untuk pembedahan ibu kau bersama-sama. Kau tak perlu buat semua tu.
Adel     : Bukankah kita telah usahakannya lama sebelum ni? Adakah kita perlu tunggu sehingga ibu aku mati?
Daus    : Macam mana dengan hubungan kita?
Adel     : .......
Daus    : (memegang bahu Adel) Aku sanggup buat apa saja asalkan tidak kehilangan kau. Tolonglah...
Adel     : (melepaskan pegangan Daus) Aku sanggup buat apa saja untuk buat ibu terus bernafas dan melihat aku hidup dengan baik.
Daus    : Bersama dengan lelaki tu kau katakan hidup dengan baik?
                  (sebuah kereta berhenti berhampiran mereka)
                          (Prince keluar)
Prince  : Sayang kau di sini rupanya..
Daus    : ...... (memandang Prince)
Prince  : (menghampiri) Inikah kekasih sayang tu?
Adel     : ......
Prince  : Sayang masuk dalam kereta. Kita nak balik ke bandar sekejap lagi.
Adel     : ....... (pergi)
Prince  : Heh.... (memeluk bahu Daus) Ehem...
Daus    : .....
Prince  : Kau ni mengingatkan aku kepada.....diri aku yang dulu.  Situasi kau sekarang juga mengingatkan kepada situasi yang aku pernah lalui dulu. Inilah peraturan dunia.  Tanpa duit kau takkan ke mana-mana.
Daus    : ......
Prince  : (memandang bendang sekeliling) Benda ni...atau apa saja yang kau lakukan, usahakanlah dengan kuat. Kalau kau ada wang dan kuasa, kau boleh dapatkan perempuan yang paling cantik di dunia ni. Jauh lebih cantik daripada dia tu. Atau kalau kau terlalu setia dengan cinta kau, mungkin juga kau mampu dapatkan dia kembali. (berpaling, pergi)
Daus    : ....... (perlahan air matanya mengalir)
            Adel!!!! Bukankah kau telah berjanji sehidup semati dengan aku??!!!!
                 (kereta bertolak pergi)
            Adel!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Adel     : ....... (menangis)
Prince  : .....

                                    ************************************


Kondominium Prince.
Mereka masuk.
Prince  : Kau cuma manusia biasa. Simpan air mata kau untuk aku. Ia tidak cukup banyak untuk semua lelaki di dunia ni. (berjalan masuk ke bilik)
Buatkan aku teh.
Adel     : .......

                                    ******************************


Adel sedang bertelefon dengan ibunya di bilik.
            Adel baik-baik saja. Ibu jangan risau. Apa yang penting kesihatan ibu harus dijaga.
            (menangis) ....... Tidaklah ibu. Cuma sedikit selesema saja. (mengelap hidungnya)
Prince  : (di luar bilik) ......

                                    **********************************


Prince bersiap untuk ke pejabat.
Pergi ke meja makan.
Adel     : Pagi.
Prince  : .....
                (hidangan sarapan tersedia di meja)
            Morning. (duduk)
             (Adel menuang air ke cawan)
Prince: Kau kekasih aku. Benda ni bukan dalam bidang tugas kau. Ini kerja bibi...
Adel     : Bukankah tugas seorang isteri untuk memberi kesenangan kepada suaminya? (senyum)
Prince  : ...... It’s very nice of you. Tapi kau bukan isteri aku. Belum tentu lagi.. (bangun, pergi)
Adel     : ......

                                                ***************************
            
                   “Dalam kontrak ini, kamu perlu berada di samping aku sehingga kamu dapat mencintai aku sepenuh hati. Jadi kekasih aku seperti mana sepatutnya. Jika kau berjaya, kau akan dapat hadiah tersebut. Kontrak ini tiada tarikh tamat tapi kau boleh tarik diri bila-bila masa yang kau suka.”
              (Adel berjalan di pasar)
                   (ternampak Daus yang sedang menyorong  ikan ke arahnya)
Daus    : .....
Adel     : .......
Daus    : Hai.. (senyum)
Adel     : ...
Daus    : (mendekat) .....
             Oh busuk ya?.. Aku sedang berusaha dengan kuat. Aku takkan kalah dengan lelaki yang berlagak tu....hehe...
Adel     : ....... (terus berlalu pergi)
Daus    : ... (menolehnya)
                                   
                                             **************************************

Di biliknya, Adel menangis.
Adel     : Isk....tsk....
                  (pintu dikuak)
            !... (cepat-cepat mengesat air mata)
Prince  : ...... Cepat bersiap. Kita nak pergi parti hari jadi kawan.
Adel     : Baik.
Prince  : ..... (pergi)

                                    *******************************

Di parti hari jadi.
L          : Tu pun Prince dan princessnya. Ekekekeke....
Prince  : Buatlah apa-apa yang kau mau. Aku nak jumpa kawan kejap. (pergi)
Adel     : ......
L          : Prince! Dah masak?
Prince  : Banyaklah kau...
L          : Mari masuk...mari masuk..
                        (mereka masuk ke ruang dalam)
                (seorang lelaki menghampiri Adel)
Lelaki  : Hai adik manis.... seorang saja?
Adel     : Saya datang dengan seseorang... (bergegas masuk ke luar dalam)
              ....... (ternampak Prince yang sedang duduk diapit oleh beberapa orang perempuan)
             .... (keluar)
                             (parti terus berlangsung)
Prince  : (melilau mencari) ....
                        (Adel di suatu sudut)
             (menghampiri) Kenapa tak masuk?
Adel     : Saya tak biasa.
Prince  : Perempuan yang kolot. Mari balik.. (pergi)
           
                                             *******************************

Sepanjang perjalanan Adel berwajah masam.
Prince  : Kau tak suka aku panggil kau kolot?
Adel     : (menggeleng) .....
Prince  : Dah tu?
                        (mereka sampai)
                (Adel terus keluar dan masuk ke dalam)
            (keluar) .......
               (senyum) ...

                                    ***************************************

Pagi.
Prince datang ke meja makan.
Bibi di situ menyiapkan sarapan.
Prince  : Pagi Bi....
Bibi     : Pagi tuan..
Prince  : Adel mana?
Bibi     : Barangkali masih tidur lagi. Saya belum nampak sejak tadi. Tuan nak saya kejutkan dia?
Prince  : Em...tak pa. Biar saya saja. (pergi)
Bibi     : ..... (senyum)
                                                **************************


Bilik Adel.
Pintu dikuak.
Prince  : .......
               (Adel sedang tidur dengan lena)
             (mendekat) ..... (perasan sesuatu)
                  (menyentuh bahagian bantal di tepi pipi Adel)
Adel     : Hm? (terjaga)
Prince  : .....Kau dah bangun?
Adel     : Maaf sayang. Aku tidur lewat semalam...
Prince  : Aku tau. Pergilah bersiap. Kita nak keluar sekejap lagi. (keluar)
Adel     : Em?...

                                    *******************************

Mereka berjalan di tepi pantai.
            (senyum) Cantiknya... (memandang sekeliling)
Prince  : Kau suka?
Adel     : (memandang Prince) Emh!...
Prince  : Berseronoklah..
                   (Adel melangkah menuju ke gigi air)
Adel     : Hehe..
Prince  : (senyum) .....
                       
                                    ****************************


Kondominium Prince.
Adel masuk dengan ceria terus menuju ke biliknya.
Prince mengikutinya.
            (senyum) ......
Bibi     : (di sisinya) .......
Prince  : Bi... (melangkah)
Bibi     : Tuan...
Prince  : ?
Bibi     : Tuan pasti kah semua ni berjalan dengan betul?
Prince  : Apa maksud Bibi?
Bibi     : Cinta yang datang tanpa sebarang sebab dan syarat barulah cinta yang sejati.
Prince  : ..... Dulu saya juga pernah fikir begitu Bi..
Bibi     : Maka tuan adalah betul dulu... Kita semua tahu sebab utama dia ada di sini kerana perlukan duit yang tuan sediakan tu. Itu saja..
Prince  : Bibi betul. Sebab duit adalah benda yang paling berkuasa di dunia ni. Dengan duit juga, saya akan beli cinta dia... (melangkah pergi)
Bibi     : Tuan dah mula sukakan dia.
Prince  : ..... (terus pergi)

                                                *****************************

“You can’t hold everything with money,
Not love....”
Prince datang ke meja makan.
Adel dan Bibi di situ.
Prince  : Morning..
Adel     : Morning....
Prince  : (meneguk air) Saya nak cepat..
Adel     : Hari ni aku nak keluar sekejap. Ada hal. (memandang Prince)
Prince  : Suka hatilah. (mencium kepala Adel. Pergi)
Bibi     : ......
                                    
                                                **************************

Kedai kek.
Prince masuk.
Pekedai            : Selamat datang Si Kacak. Ada ada yang boleh kami bantu?
Prince  : Saya perlukan kek hari jadi untuk seseorang yang istimewa.
Pekedai            : Sudah tentu. Mari ikut saya.. (mempelawa)
Prince  : ......

                                    *****************************************

Prince keluar dari kedai.
Nampak Adel berjalan ke satu tempat.
             ........
                 (di suatu sudut)
Adel     : Cukuplah. Jangan buat kerja ni lagi..
Daus    : Tak boleh. Aku kena dapatkan kau semula.
Adel     : Ini mungkin perjumpaan kita yang terakhir. Teruskanlah hidup kau dengan baik.
Daus    : (memegang bahu Adel) Kau kena yakin pada aku. Walaupun jumlahnya tak seberapa, tapi kalau dikumpul pasti akan jadi banyak juga...
Adel     : Untuk berapa lama? Kau dah buat semua kerja. Badan ni....kau ingat badan besi? (mencucuk dada Daus)
Daus    : ...... Heh.... Aku rindukan leteran ni. (mengusap-usap dadanya)
Adel     : Jangan menyeksa aku lagi. Cukuplah penderitaan aku dengan penyakit ibu. Aku tak mau kau jadi orang kedua yang aku cintai terlantar di katil hospital. (tunduk)
Daus    : Sayang.....
                                    DUSH!
                        (tumbukan hinggap di pipi Daus)
             Urgh... (tersungkur)
Adel     : !...
Prince  : What do you have that I haven’t? Huh??!!! (mencekak baju Daus, membangunkannya) Tengoklah diri ni...
Adel     : Sayang!
Prince  : (menoleh Adel) Kau panggil siapa? (menolak Daus)
             (mengeluarkan duit, mencampakkannya) Pergi berubat dengan duit tu..
             (melangkah pergi, memijak kotak kek yang dibelinya)
Daus    : (mengesat bibirnya yang berdarah) ....

                                    *******************************

Bar.
Prince di situ.
Prince  : (meneguk minuman) .......
             What else should I do to have her love? Do I need to add the amount?
O’        : I wonder.... (di sisinya)
Prince  : (menoleh) .....This is so odd. How can I be beaten by that homeless guy?
O’        : You’re not beaten by anyone. You’re just beaten by love.
Prince  : (meneguk) I just don’t get it... Haahh...

                                    *************************************

Kondominium Prince.
Kereta O’ masuk.
                 (O’ keluar memapah Prince)
O’        : You’re getting heavier... (membawa masuk)
             Bibi!..
Bibi     : (keluar) Tuan!... (meluru)
O’        : Bibi siapkan teh halia. Saya nak bawa dia naik ke atas.
Bibi     : Baik.

                                    **************************************


O’ membaringkan Prince di katilnya.
O’        : ..... (keluar)
                (Adel di luar)
             ....
Adel     : .....
O’        : Kau nak masuk?
               (Adel menggeleng)
O’        : Pembedahan ibu kau perlu dijalankan secepat mungkin. Belajarlah untuk mencintai dia walau apa pun alasannya... (pergi)
Adel     : ...

                                                *******************************

Pagi.
Prince celik.
Adel tidur di tepi katilnya.
Prince  : Emh.... (memegang kepalanya, bangkit)
Adel     (terjaga) .....Sayang dah bangun?
Prince  : Tak. Aku masih tidur lagi. (bingkas berdiri, masuk ke bilik air)
Adel     : Emhh...

                                                **********************


Prince memberi makan ikan di halaman.
Prince  : (mengira) 1....2....3....12... Ada yang kurang. Maikel tak ada... (mencari-cari)
              Maikel... Maikel...
Bibi     : Kenapa layan Adel macam tu?
Prince  : Bi...ada nampak Maikel tak?
Bibi     : ....
Prince  : (berbisik) Jangan-jangan perempuan tu dah pancing Maikel tak?
Bibi     : Tuan...
Prince  : ....
Bibi     : Tuan masih marah dengan kejadian tu?
Prince  : .... Saya nak cari Maikel. (mencari-cari di permukaan air)
Bibi     : Tuan marah sebab wang tuan masih tak dapat tandingi lelaki kampung tu.
Prince  : Ya. Tapi saya lebih marah sebab ketika saya sibuk untuk meraikan sesuatu untuknya, dia boleh berjumpa dengan lelaki tu. Hari tu sepatutnya hari yang istimewa. (bangun)
Maikel!.. (pergi)
Bibi     : Tuan cintakan dia.
Prince  : Adakah ia sesuatu yang tidak baik, Bi?
Bibi     : (senyum) Tak.
Prince  : ..... (pergi)

                                                *******************************

Prince berjalan.
Adel membuntutinya dari belakang.
Prince berhenti. Menoleh.
Adel     : .....
Prince  : Kau tak ada kerja lain nak buat ke? (berjalan)
                (Adel terus membuntutinya)
            (berhenti lagi) Bi!.. Tengoklah ni...
Adel     : Kenapa layan aku begini?
Prince  : ....
Adel     : Berilah aku masa. Aku pasti dapat mencintai kau. Tapi kalau kau bersikap begini...
Prince  : Bersikap macam mana? You’re the one who stalking me like...like... Go have some sandwich. Or something like that. (pergi)
Adel     : .....
                        (Bibi datang)
             Bi...dia cakap apa? Saya tak faham..
Bibi     : Kamu masih tak faham lagi? Bila seorang lelaki yang begitu angkuh bersikap melucukan di hadapan seorang perempuan, bukankah itu bermaksud perempuan itu telah menjinakkannya? (senyum, pergi)
Adel     : Lucu? (menggaru kepala) Bibi...dia cakap apa tadi? (mengekori)

                                    *****************************


Daus dan Adel di suatu tempat.
Daus    : Aku jumpa ibu kau semalam.
Adel     : .....
Daus    : Dia makin tenat. Perlukan pembedahan secepat mungkin.
Adel     : ....
Daus    : Aku cuba sedaya upaya....dan aku dah sampai pada had aku. Ia sangat memenatkan. Biarpun bagi seorang yang tak ada sekolah seperti aku. Kau lebih sayangkan ibu kau berbanding cinta kita. Untuk kali terakhir, biarlah aku lakukan sesuatu untuk sesuatu yang kau sayangi. Aku lepaskan kau.
Adel     : ....
Daus    : Kau cintailah dia. Secepat yang mungkin. Kalau kau lambat mungkin ibu kau takkan dapat diselamatkan. (mencium dahi Adel) Jangan biarkan pengorbanan aku yang terakhir ni juga sia-sia. (pergi)
Adel     : .....

                                    *********************************

Sebuah kereta meluncur dengan laju.
Adel menangis tersedu-sedu di dalamnya.
Prince  : .....
               (memberhentikan kereta)
             Ok, that’s it. I had enough. Aku dah pesan menangis cuma untuk aku. Kenapa degil sangat?
Adel     : .... (terus menangis)
Prince  : Turun..
Adel     : (menoleh Prince) ....
Prince  : Aku cakap turun.
Adel     : .... (perlahan keluar)
Prince  : Annoying chick! (memecut kereta pergi)

                                    ******************************


Kereta tiba di kediaman Prince.
Prince  : (keluar) .....
                 (Bibi menyiram bunga di halaman)
Bibi     : Adel mana?
Prince  : Entah. Saya tak tau mana saya turunkan dia tadi.. (melangkah masuk)
Bibi     : Kenapa buat macam tu?
Prince  : 2 hari Bi. She keep cryin’ and cryin’ for two days. Sakit telinga saya ni.
Bibi     : Ada tuan tanya kenapa dia menangis?
Prince  : I don’t want to know. (masuk ke dalam)
Bibi     : Sebab tuan nak jaga hati sendiri. (menyambung kerjanya)
             Ya Tuhan...manalah budak tu dah tinggalkan Adel.

                                                ******************************


Prince menyelak langsir tingkap biliknya.
Hujan turun dengan lebat.
Kilat sabung menyabung.
Prince  : .....
Bibi     : Tuan!..
Prince  : !..
                 (Bibi di pintu bersama Adel yang basah kuyup tak sedarkan diri)
             ....... (terus mendukung Adel naik ke atas)
           
                                    ******************************


Adel di katil.
Prince di situ.
Bibi masuk membawa teh halia.
Bibi     : (meletakkannya, pergi) .....
Prince  : Bi....
Bibi     : Bibi marah saya?
Bibi     : ..... (pergi)
Prince  : ..
                       
                                                *********************

Adel     : Emh... (terjaga)
               (menoleh ke sisi)
                        (Prince tidur di sisi katil)
             Emhh.. (senyum)
                      (perlahan mengusap rambut Prince)
Prince  : !.. (terjaga)
Adel     : Sayang terkejut? Aku usap kasar sangat ya?
Prince  : Aku mimpi. Disiram air panas. (memegang tangan Adel)
              Oh God!.. (mendukung Adel)
Adel     : Eh?! Ada apa??
Prince  : Kita pergi hospital.
Adel     : Tengoklah jam tu.
Prince  : Huh? (memandang jam dinding yang menunjukkan pukul 3.30 pagi)
             .....
Adel     : Owh...sayang saja cari alasan nak dukung aku ya?
Prince  : (meletakkan Adel) Sakit buat macam cara sakit. Aku tengah bersimpati ni.
Adel     : Yala tu. Bagitau saja kalau sayang rasa bersalah sebab tinggalkan aku kat tempat tu.
Prince  : Betul cakap kau. Aku memang rasa bersalah. Janganlah sakit sangat supaya aku dapat redakan rasa ini. (keluar)
Adel     : ....

                                    *****************************

Pagi.
Prince bersarapan.
Bibi     : (menghidangkan) Saya rasa tuan tak perlulah kerja untuk hari ini. Ambik cuti.
Prince  : Kenapa Bi?
Bibi     : Adel macam makin teruk. Tuan jaga dia ya? Saya busy ni...
Prince  : (memandang Bibi) Bizi?..
Bibi     : Busy la...sibuk.
Prince  : Owh...yalah Bi. (bangkit, naik ke atas)
Bibi     : Bukan main laju lagi dia...

                                                *************************

Di bilik.
Prince masuk.
Prince  : .....
               (Adel berbungkus dengan selimut)
             ... Tidur ke?
Adel     : Ya..
Prince  : Sakit sangat ke?..
Adel     : (mengeluarkan wajahnya dari selimut) Emh..
Prince  : (mahu menyentuh dahi Adel) ....
Adel     : Haaa...sayang jangan nak sentuh aku. Kita belum ada apa-apa ikatan lagi...
Prince  : What the...hmm... (menarik tangannya kembali)
             Mari pegi hospital.
Adel     : Tak nak.
Prince  : Aku tak ada banyak masa. Jangan mengada-ngada lagi.
Adel     : Kalau sayang tak ikhlas nak jaga aku, lebih baik sayang pergi saja!!!! (menutup mukanya dengan selimut kembali)
Prince  : ....
                 (Bibi mengintai dari celah pintu)
Bibi     : (monolog) Hehe...tuan. Padan muka kau. Ditengking untuk pertama kalinya. Bagus Adel. Teruskan rancangan kita.. (pergi)
Prince  : Jadi kau nak apa ni?
Adel     : Bubur ayam.
Prince  : Bibi keluar.
Adel     : Sayanglah buat.
Prince  : ....Duduk diam-diam kat situ. (keluar)
Adel     : (mengeluarkan mukanya) ......

                                                ***************************
             Aaaa.... (mengangakan mulut)
Prince  : .... Ganjilnya cara kau menguap.
Adel     : Aku nak sayang suapkanlah.... Kenapa sayang macam semakin bodoh ni?
Prince  : Err....hmm.. (senyum) Kau ada terhantuk kat mana-mana ya? (menyuapkan bubur)
Adel     : Orang sakit memang begini. Bertanggungjawablah dengan semua perbuatan yang sayang dah buat.
Prince  : Maaf.
Adel     : (senyum) Sedap sayang masak.. Mari aku habiskan semua. Aaa.... (menganga)
Prince  : ..... (menyuap)

                                         *****************************

Hospital.
Doktor : Ibu awak semakin tenat. Jika tunggu lebih lama lagi, saya risau kita tak sempat. Usahakanah kos pembedahannya secepat mungkin. (pergi)
Adel     : ......

                                    ********************

Mall.
Prince dan Adel membeli belah.
            Nak yang tu...
Prince  : Ambillah...
Adel     : (senyum, mengambil) .....
                (mereka keluar)
                         (terserempak dengan Nisha)
Prince  : ....
Nisha   : Hai... (senyum)
Adel     : ....
Nisha   : Awak ni mesti pemenang pertandingan tu kan? Macam mana? Seronok?
Prince  : Don’t be rude to her. You don’t want this position so I give it to someone else. You don’t have the right to talk like that.
Nisha   : I just worry about you.
Prince  : So take care of me then.
Nisha   : What about her?
Prince  : Everything can be settled down with money.
Nisha   : You still don’t get it, don’t you? Or you just want to prove it to me?
Prince  : ....
Nisha   : This girl...or any girls will approach you for what you prepare for them. Look how happy she is. (memandang Adel)
Adel     : ....
Nisha   : Stop being so ignorant. Being arrogant is bad enough. (pergi)
Adel     : (memandang Nisha) Sayang cakap apa dengan dia?
Prince  : Mari pergi. (menarik tangan Adel)

                                    *****************************

Rumah.
Adel     : Sayang, saya ada nak cakap sikit.
Prince  : Cakaplah.
Adel     : Saya ada pergi ke hospital tengok ibu. Doktor cakap kalau tunggu lebih lama lagi mungkin ibu tak sempat diselamatkan.
Prince  : Tunggu sehingga kau betul-betul cintakan aku.
Adel     : Aku cintakan sayang laa...
Prince  : Yakah? (memandang Adel) Kalau macam tu, cakap yang kau dah tak ada apa-apa perasaan dengan lelaki tu.
Adel     : .....
Prince  : Tak dapat? Emm....kita cuba yang lebih mudah. Cakap yang kau lebih cintakan aku berbanding dia.
Adel     : ......
Prince  : Cakaplah!
Adel     : (tunduk, mengalir air mata) Saya tak boleh...
Prince  : God!! So this is it all about? Untuk beberapa ketika ni, kau buat aku berasa senang hanya kerana ini? Kau mahukan wang tu?
Adel     : Tak...saya ikhlas bersama sayang. Tapi....
Prince  : Cukup. Aku nak kau kemas barang kau dan pergi dari sini. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. (pergi)
Adel     : Sayang, macam mana dengan ibu??!!!!
                                   
                                             ***************************

Di bilik.
Prince  :  (di balkoni) ...... I hate that man really...
Bibi     : (datang) Tuan ni dah hilang akal ke? Ibu Adel tu tengah tenat tau. Tak habislah duit tuan tu kalau setakat biaya pembedahannya saja.
Prince  : Itu bukan isunya Bi...
Bibi     : Isunya apa? Tuan yang bawa dia datang ke rumah ni. Kalau dia orang asing, saya pun tak kisahlah apa yang akan jadi dengan diorang... Berperikemanusiaanlah sikit!
Prince  : From the very start, I’m the one who fool here. In fact, I’m the only one. Nisha is right. I’m not just arrogant.... An ignorant too.... (menoleh Bibi) Bibi marah ke?
Bibi     : .....
Prince  : Pergilah ambil cek saya kat laci....

                                                *************************

Hospital.
Bibi datang.
Adel meluru memeluk.
Adel     : (menangis) Pembedahan ibu berjaya Bi...
Bibi     : Alhamdulillah...
Adel     : Mana tuan?
Bibi     : Dia tak ikut. Dan dia pesan bagi ni kat kamu. (menyerahkan surat)
Adel     : (duduk, membaca) .....
             “Aku cuba berkeras untuk mengatakan yang kau datang adalah kerana duit yang ditawarkan. Sehinggakan aku merasa bangga bila kau sanggup tinggalkan kekasih kau untuk bersama aku. Tapi sejak dari mula, kau lakukannya kerana kau mencintai seseorang yang lebih penting sehinggakan kau sanggup lakukan apa saja. Secara kasar, kau tak ada sebarang kekurangan. Kau comel dan baik. Cuma aku ambil keputusan untuk tidak bersama kau lagi. Kau layak untuk dapatkan seseorang yang lebih baik. Lagipun, memang betul. Angkuh mungkin memang sifat aku. Aku tak kongsi seseorang yang aku sayang dengan orang lain. Waktu kau langsung tak boleh cakap yang kau lebih cintakan aku dari lelaki tu, aku sangat sedih tau. Aku ada sertakan cek kosong. Kau isilah berapa jumlah yang kau mahu. Kemudian jalanilah kehidupan seperti sedia kala. Maaf sebab langsung tak pernah jenguk ibu kau. Juga untuk segala kekasaran aku selama ni.
                                                                                 Till then~ “

                                                ******************************

Pejabat.
Prince keluar.
L          : Woi!
Prince  : (menoleh) Apahal?
L          : Akauntan jumpa aku tadi. Dia cakap sebanyak RM 200 000 baru saja dikreditkan keluar dari akaun syarikat.
Prince  : ..... Hmm.. (senyum) Sikitnya dia ambik.
L          : Sapa?
Prince  : Tak ada apa-apalah. (pergi)

                                                ***********************

Prince menuju ke keretanya.
Adel di situ.
             !...
Adel     : Hai...sayang.
Prince  : Kau tak faham isi surat tu ya? Jangan nak bersayang-sayang kat sini. (membuka pintu kereta, masuk)
               (Adel turut masuk)
Prince  : Aku ada urusan. Kalau kau nak buang masa aku, lain kali saja. Turun cepat!
Adel     : Dalam  surat tu, sayang betul tentang sesuatu. Aku sanggup buat apa saja untuk orang yang aku cintai. (memandang Prince)
Prince  : So what?
Adel     : So walau sayang pukul aku sekalipun, aku tetap takkan turun.
Prince  : Bodoh...aku tak pukul perempuan lah. (menghidupkan enjin, pergi)
              Kalau ini kau lakukan sebab kau nakkan satu lagi cek kosong, jangan harap. Siapa suruh isi jumlah alang-alang....
Adel     : Duit tu untuk baiki rumah, ubat- ubatan dan untuk upah bibi lah jaga ibu. Sebab sekarang saya kena jaga sayang...
Prince  : So, finally my money managed to buy your love, eh?
Adel     : Dan juga untuk saya ambik kelas bahasa inggeris disebabkan sayang terlalu banyak mengada-ngada. Kata-kata tadi tu, ingat saya tak faham???!!!!
Prince  : Bergurau saja...
                                    (Nisha memerhatikan kereta Prince pergi dari pejabatnya)
E          : (di sisinya) So, what next?
Nisha   : There’s no next..
E          : Kau memang tak sukakan Prince ke?
Nisha   : Prince...aku cintakan dia lama sebelum dia miliki semua ni. Apa yang dia cakap sebagai, man of nothing.
E          : Jadi kenapa kau tolak dia?
Nisha   : Sebab dia hilang  kefahaman tentang erti cinta. Cuma aku tak sangka kesudahannya jadi macam ni which I have to let him go....forever. Tapi aku tak menyesal..
E          : Berbaloi kah?
Nisha   : (menoleh) Untuk cinta kau, ia berbaloi. (senyum)


                                                                                                                                  End~